
Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang wartawan atau pelapor berita seharusnya memiliki pengetahuan yang luas dalam aspek kebahasaan terutamanya dalam penggunaan bahasa yang betul.
Mantan pengarang Malaysia Aktif, Syed Hisham menjelaskan setiap pelapor perlu menguasai penggunaan bahasa yang betul terutamanya sistem ejaan dan tatabahasa.
“Menulis dengan ejaan yang betul dan tepat merupakan kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sewajarnya kerana tulisan itu dibaca oleh segenap peringkat masyarakat.
“Dibimbangi kesalahan yang terdapat dalam setiap laporan itu menjadi ‘dosa’ yang terwarisi kerana mungkin ada yang menyangka kesalahan itu benar,” katanya ketika menjadi panel program “Write it Right” anjuran Jabatan Penerangan Pahang, secara dalam talian hari ini.
Beliau turut menasihati pelapor untuk menyertai lebih banyak kursus penulisan terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul.
-ZS-