Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Konvoi Anak Muda ke Masjid

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshahira Mohd Nasir/Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu )

KOTA BHARU, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Masjid Ar-Rahman, kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa menerima kunjungan konvoi motorsikal sekumpulan 12 orang anak muda tempatan.

Ketua konvoi,  Ahmad Zaim Anuar, 19, berkata  alhamdulillah kami selamat sampai ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Pulau Gajah dengan menaiki motosikal ke masjid dipilih sejauh 60 kilometer bermula dari Machang.

“Sempena cuti persekolahan kami mengambil peluang menjelajah ke Masjid tertua Nilam Puri, Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Masjid Ar-Rahman ini, dan Masjid Ar-Rahman Kampung Delima Wakaf Bharu,” tambah Ahmad Zaim.

“Ketika melangkah masuk ke dalam Masjid ini, pandangan kami terpukau melihat seni bina yang unik dan berseni, pintu utama masjid ini dipenuhi ukiran ayat suci al-Quran,” jelasnya.

“Sebelum konvoi kami selidik dahulu apa yang menarik tentang masjid tersebut.

“Masjid ini begitu unik dengan binaan dua batang pokok tamar di ruang mimbarnya yang menggabungkan seni bina Melayu, Indonesia dan Turkiye,” jelasnya.

Masjid ini adalah yang ketiga dilawati, bermula dengan masjid tertua di Nilam Puri dan akan berakhir di Masjid Ar-Rahman, Kampung Delima Wakaf Bharu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda