Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Golongan B40 Perlu Manfaatkan Program EmpowerNCER

By 8 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah

NIBONG TEBAL, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Golongan B40 diseru agar memanfaatkan Program empowerNCER: Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sungai Acheh, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim program bertujuan mempromosikan program empowerNCER di Daerah Seberang Perai Selatan kepada orang ramai.

“Ia dilihat mampu membantu masyarakat B40 untuk mengubah hidup mereka dalam meningkatkan sosio ekonomi sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan,” katanya di sini baru-baru ini.

Selain itu, program ini juga bertujuan menghubungkan pihak empowerNCER di Daerah Seberang Perai Selatan bersama-sama dengan pihak berkepentingan di Daerah Seberang Perai Selatan dan agensi-agensi kerajaan bagi bekerjasama untuk menjayakan program empowerNCER di Negeri Pulau Pinang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda