Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JTDL Dapat Sambutan di Hulu Selangor

By 12 Mac 2023Mac 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor).

HULU BERNAM, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran FAMA Daerah Hulu Selangor, Gombak & Wilayah Persekutuan berjaya tarik perhatian masyarakat setempat dengan pelbagai produk khususnya barangan keperluan asas yang berkualiti lebih murah dari harga pasaran.

Menurut Pegawai FAMA Daerah Gombak dan Hulu Selangor, Mohd Yusof Taja Ariffin, berkata tujuan program ini diadakan untuk membantu memperkenalkan produk-produk yang dikeluarkan para usahawan dan petani-petani tempatan terutamanya di Hulu Selangor.

Menurut pengunjung, Lai Tong Cheng, 48, berharap pihak FAMA dapat meneruskan penganjuran program ini secara berkala terutamanya di kawasan luar bandar seperti di Hulu Selangor.

“Di luar telur ayam sepapan saya beli RM12.30 tapi di sini hanya RM10.00 sahaja, murah dan berpatutan,” ujarnya.

Selain kesempatan membawa pulang produk-produk berkualiti dengan harga yang berpatutan, para pengunjung turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum seterusnya melestarikan semangat perpaduan di Daerah Hulu Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda