Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jualan Promosi Pakaian Sekolah Bantu Orang Ramai

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris (Marang)

MARANG, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Pakaian seragam sekolah   menjadi tumpuan utama ibu bapa setiap kali sesi persekolahan baharu akan bermula bagi melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

Penjual baju sekolah berdekatan tandas awam di Pasar Marang, Nor Azmah Mohd Awang, 58, berkata seawal pukul 8.00 pagi dia telah membuka meja jualan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai mencari kelengkapan sekolah anak mereka.

Menurutnya, perniagaan kembali sibuk apabila pembukaan sesi persekolahan lebih kurang satu minggu lagi.

“Orang ramai yang baru mendapat gaji ataupun yang ingin menambah kelengkapan sekolah anak-anak, boleh datang membeli di sini dengan harga yang ditawarkan lebih berpatutan,” katanya.

Azmah berkata, sambutan daripada pelanggan agak menggalakkan dan hasil jualan semakin meningkat apabila sesi persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sementara itu seorang pengunjung, adik Muhammad Syakir Ilham Anuar Asyraf, 10, berkata dia dan ibu bapanya baru berkesempatan membeli barangan persekolahan.

“Saya terharu kerana dapat datang membeli kelengkapan pakaian sekolah bersama keluarga disebabkan ayah dan ibu saya baru sahaja mendapat cuti dan juga gaji untuk beli pakaian sekolah saya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda