Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bantuan Bencana RM1,000 Sungguh Bermakna

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh 

TANAH MERAH, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM1,000 setiap isi rumah yang terjejas akibat Monsun Timur Laut   yang diisytihar Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Pusat( JPBP) dalam satu majlis penyampaian bantuan bencana banjir yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah di sini pagi ini.

Menurut Pegawai Majlis Daerah Tanah Merah, Khairul Azhan Che Ahmad, seramai 700 orang penerima telah menerima bantuan tunai sebanyak RM1,000 yang melibatkan dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Saya amat berharap bantuan tunai yang diberikan dapat digunakan sebaik-baiknya dan dapat meringankan beban mangsa banjir,” katanya ketika ditemui.

Menurut seorang mangsa banjir, Siti Rain Saad, 80, dari Kampung Salak, Belimbing, Tanah Merah berkata, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sudi memberikan bantuan.

“Mak sangat bergembira dan bersyukur dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit perbelanjaan kerosakan barangan semasa banjir baru-baru ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Yusuf Ishak, 86, dari Kampung Padang Kijang, Kemahang, Tanah Merah, menyambut baik dan gembira apabila namanya tersenarai sebagai penerima bantuan bencana.

“Tok rasa terharu dan berterima kasih kepada kerajaan yang memberi bantuan tunai RM1,000. Bolehlah tok buat persediaan dan membeli barangan keperluan untuk sambut bulan ramadan minggu depan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda