Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kadar Zakat Fitrah Perak 2023

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)

IPOH, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 6 hingga 8 Disember lalu telah menetapkan harga minima zakat fitrah bagi tahun 1444H/2023M untuk individu berkewajipan adalah RM7.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari, berkata mereka yang menggunakan beras wangi atau seumpamanya digalakkan membayar zakat fitrah sebanyak RM14 dan bagi yang menggunakan beras basmathi atau seumpamanya sebanyak RM21.

“Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat fitrah ini.

“Bayaran kepada amil zakat dapat dilakukan melalui kaunter di masjid atau premis selain amil bertemu secara terus dengan pembayar iaitu dengan cara bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu memudahkan ahli kariah terutama dari golongan warga emas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, bayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui pilihan medium berikut; FPX MAIPk dengan melayari https://ezakat.maiamp.gov.my/, Aplikasi GoPays, Aplikasi Shopee, Maybank2u, Aplikasi SnapNPay dan https://senangzakat.my/?id=MAIPK.

Tambah Shahrul, penyata bayaran zakat fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk https://ezakat.maiamp.gov.my/ boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk.

“Penyata bagi medium selain FPX MAIPk pula boleh diperolehi selepas tiga hari transaksi dibuat.

“Pembayar perlu mendaftar terlebih dahulu dan log masuk ke portal penyata zakat MAIPk https://online.maiamp.gov.my/zakatperak/ seterusnya boleh memuat turun penyata bayaran untuk simpanan atau cetakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda