Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kebajikan Mangsa Banjir Terus Dijaga

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi

KULAI, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching meluangkan masa meninjau Pusat Penempatan Sementara (PPS) SJK (C) Bukit Batu, di sini semalam.

Beliau turut meluangkan masa selama dua jam bertanya khabar dan mengagihkan barang-barang  keperluan seperti selimut, penyapu, makanan dan minuman kepada 393 orang mangsa banjir di PPS tersebut.

Mnurut salah seorang mangsa banjir Nor Hamizah Saidin, 35, sumbangan yang diberikan oleh Teo Nie Ching sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihannya.

“Banjir yang melanda kali ini agak teruk kerana keseluruhan rumah saya di tenggelami air dan tiada barang yang dapat di selamatkan,” kata.

Penghulu Mukim Bukit Batu Mohamad Norzaharudin Kasimon ketika ditemui berharap semua mangsa banjir tabah di atas bencana yang berlaku.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kulai kerana menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas dan pihak kami akan terus sama-sama membantu semua mangsa banjir dalam pelbagai aspek terutamanya warga emas yang duduk bersendirian.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Bor Yang, ADUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern.

-ZS-

Tinggalkan komen anda