Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

80 Mangsa Banjir Ditempatkan di PPS SJKC Chung Hua Batu Kawa

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 80 mangsa banjir dari Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Batu Kawa.

Ketika melawat mangsa banjir di PPS SJKC Chung Hua, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru rakyat Sarawak agar sentiasa berjaga-jaga dengan kemungkinan berlaku semula banjir sehingga pertengahan bulan ini.

“Sarawak sedang menjalani kajian menyeluruh untuk memperbaiki sistem saliran perparitan di kawasan yang berisiko banjir seperti kawasan di sekitar Batu Kawa.

“Pada masa sekarang kita menggunakan model sistem saliran dan perparitan di Belanda dan Singapura yang ternyata berkesan dalam mengatasi banjir di kedua-dua negara tersebut,” kata Abang Johari ketika ditemui, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda