Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

LZS Agih Bantuan Zakat Ramadan, Syawal Bermula Hari Ini

By 21 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan mengagihkan bantuan zakat bagi persiapan Ramadan dan Syawal kepada 65,000 penerima bermula hari ini.

Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini, berkata sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada penerima terdiri golongan asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9 juta diagihkan kepada 18,550 asnaf fakir diikuti 41,770 asnaf miskin (RM19 juta) dan 4,499 asnaf mualaf (RM1. 6 juta).

“Daerah Petaling mencatatkan jumlah agihan zakat tertinggi melibatkan peruntukan RM5. 6 juta kepada 11,799 penerima diikuti Klang dengan RM5. 4 juta kepada 11,743 penerima.

“Daerah Hulu Langat diagihkan kepada 9,415 asnaf (RM4.4 juta) diikuti Kuala Selangor kepada 6,979 asnaf (RM3.2 juta), Gombak dengan 6,775 asnaf (RM3. 2 juta) dan Hulu Selangor kepada 5,445 orang (RM2.5 juta).

“Daerah Sabak Bernam pula untuk 4,956 asnaf (RM2.2 juta) diikuti Kuala Langat dengan 4,708 (RM2.2 juta) dan Sepang dengan 2,999 penerima (RM1.4 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media majlis simbolik penyerahan bantuan berkenaan di Dewan Besar Kolej Vokasional Gombak oleh Lembaga Pemegang Amanah LZS, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Beliau, berkata setiap keluarga akan menerima bantuan antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan sesebuah keluarga yang akan disalurkan melalui  akaun bank atau baucar tunai tunai serta serahan tunai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda