Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

UNK Beluran Menang ‘Photo Contest’ Hari Wanita Anjuran JaPen Sabah

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Beluran 2022, Jelsi Jass Ellyvera James, 22, menang tempat pertama bagi pertandingan ‘Photo Contest Hari Wanita 2023’ anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.

Anak jati kelahiran Beluran itu tampil menggayakan pakaian etnik Dusun Tindal dari Kota Belud yang baginya mempunyai keunikan tersendiri.

“Setiap dari kita perlu mempunyai baju tradisi sendiri agar ia tidak ditelan zaman. Selain itu, sudah banyak baju tradisi yang diubahsuai menjadi fesyen moden untuk digayakan oleh masyarakat,” kongsinya ketika ditemui sewaktu menerima hadiah di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi Digital, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jelsi turut mengajak wanita di luar agar tidak gentar menyahut cabaran dalam mengejar impian.

“Jangan pernah merasa tergugat dengan wanita lain kerana seharusnya kita sama-sama saling berganding bahu untuk menjadi wanita yang kuat dan saling memberi semangat,” ujarnya.

Selaku pemenang pertama, Jesli memenangi tiket penerbangan pergi dan balik ke lokasi setempat tajaan MASWings serta sijil penyertaan. Turut disampaikan, hadiah bagi empat orang lagi pemenang yang disampaikan oleh Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda