Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Reformasi Ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan Tema Hari Penjara ke-233

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Saiful Zalizan Yaacob (Hulu Langat)

KAJANG, 21 Mac (Malaysiaaktif) – ‘Reformasi Ke Arah Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan’ menjadi tema pilihan sempena sambutan Hari Penjara ke-233 tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Penjara memikul tugasan besar dalam melaksanakan pengurusan penjara gaya moden dengan membentuk dan mempersiapkan banduan ke arah keperibadian jauh lebih baik untuk pulang ke pangkuan masyarakat.

“Program pemulihan dalam komuniti adalah kejayaan yang harus dibanggakan. Menjelang 2030, dua pertiga banduan dipastikan menjalani pemulihan dalam komuniti dan ini bagi mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar tembok penjara dan cuba mengekalkan gaya hidup bebas jenayah,” katanya ketika hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-233 di Maktab Penjara Malaysia Kajang.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Haji Ruji Haji Ubi dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Datuk Haji Nordin HajiMuhamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda