
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Mohammad Harman Mohd Khalid (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyempurnakan Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 (KLPF2023) di Taman Tasik Titiwangsa.
“Saya bangga kerana kejayaan pesta taman ini menjadikan kota kita bukan sahaja tersergam dengan bangunan mercu tanda tinggi tetapi juga indah sebagai taman
“Penganjuran KLPF2023 dilihat dapat memberi kesedaran luas termasuk dalam kalangan rakyat mengenai keseimbangan antara pembangunan dan keindahan alam sekitar,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk manfaatkan waktu ini agar dapat menyeimbangkan pemerkasaan ekonomi dan budaya selaras dengan gagasan Malaysia Madani.
KLPF2023 bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia itu telah dibanjiri hampir 70,000 pengunjung sejak 4 Mac lalu.
Pelbagai pengisian acara disajikan sepanjang festival ini berlangsung seperti pameran, pertandingan, jualan dan persembahan.
-ZS-