Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurPutrajaya

POD 2023 Sasar 100 Ribu Pengunjung

By 3 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Himpunan lebih 60 kaunter perkhidmatan agensi awam sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023 (POD 2023) yang bermula semalam menjadi wadah bagi rakyat mendapatkan perkhidmatan dan tawaran terkini kerajaan.

Program yang berlangsung selama empat hari, bermula semalam itu dijangka menarik seramai 100,000 pengunjung.

“Anjuran kali kedua POD 2023 ini memperkenalkan pembaharuan dengan menghimpunkan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi untuk memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu tempat.

“Penambahbaikan ini selaras dengan konsep ‘Islah’ atau penambahbaikan berterusan yang sering disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika merasmikan POD 2023, di sini semalam.

Beliau turut menyarankan semua pihak yang memberikan perkhidmatan, bukan sahaja semasa program tetapi juga ketika di pejabat masing-masing sentiasa melakukan penambahbaikan sama ada dari segi sistem, peraturan, proses kerja serta penghasilannya supaya perkhidmatan yang diberikan bermanfaat kepada rakyat.

Menurut Mohd Zuki, POD 2023 turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak swasta dan korporat yang berkampung di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Selain pameran dan reruai, pengunjung hari terbuka ini juga juga disajikan dengan lebih 200 gerai pelbagai produk dan perkhidmatan yang membuka peluang kepada usahawan, penjaja kecil serta penggiat industri kreatif sepanjang program ini berlangsung.

Anjuran hari terbuka ini juga memanfaatkan lebih 100 peniaga, penjaja kecil serta penggiat industri kreatif yang mengambil bahagian dalam aktiviti jualan dan perniagaan sepanjang program berlangsung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda