Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

200 Premis di Selangor Sertai Menu Rahmah

By 3 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/Hazlina Tajuddin (Petaling)

SHAH ALAM, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 200 premis telah mendaftar di Direktori Menu Rahmah secara sukarela di Selangor manakala 95 lagi telah memberi maklum balas berminat dalam proses menjayakan Menu Rahmah khusunya untuk rakyat di Selangor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughi, , perasmian program Menu Rahmah Peringkat Negeri Selangor diadakan hari ini di dua lokasi  iaitu di Cafe’ Central di Seksyen 14 dan Restoren Deli Thai, Seksyen 7, di sini.

“Saya melihat kualiti makanan yang ditawarkan di kedua-dua restoran ini adalah sepadan dengan harga yang ditawarkan.

“Pihak kerajaan menggalakkan kepada para peniaga menyahut seruan untuk menyediakan Menu Rahmah secara sukarela bagi membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya untuk golongan yang memerlukan bagi mendapatkan sumber makanan yang berkhasiat dengan harga yang berpatutan,” katanya ketika sidang media di Restoren Deli Thai.

Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh insiatif dalam meringankan kos sara hidup rakyat Selangor khususnya program Menu Rahmah ini yang merupakan inisiatif terbaru kerajaan dalam membantu rakyat Selangor untuk membeli makanan seimbang pada harga RM5 dan ke bawah.

Orang ramai juga boleh melayari pautan di menurahmah.kpdn.gov.my untuk mengetahui lokasi Menu Rahmah di seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda