
Laporan/foto: Mohd. Yusof Abd. Samad (Tangkak)
TANGKAK, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 140 orang ibu bapa serta pelajar sekolah kebangsaan sekitar Gambir menyertai Program Kembali ke Sekolah anjuran Pejabat Khidmat Parlimen Ledang di hadapan Pasar raya Kinimart, Bukit Gambir, di sini semalam.
Seramai 100 buah keluarga telah menerima baucer bernilai RM150 peralatan sekolah untuk anak-anak.
Antara sekolah yang menerima baucer ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang, SK Sagil, SK Parit Kassan, SK Parit Pulai, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Ladang Sagil dan SJK Cina San Yu.
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, berkata kerajaan prihatin dalam membantu mengurangkan bebanan ibu bapa terutama ketika menghadapi pelbagai kenaikan bukan sahaja harga barangan malah perkhidmatan tertentu.
βIni adalah salah satu pendekatan terbaik bagi mendekati golongan B40 dan program seperti ini juga mampu menyuntik motivasi pelajar agar lebih bersungguh-sungguh ke arah lebih cemerlang,β katanya.
Hairi Hussin, 35, selaku penerima baucer menyatakan program ini mampu meringankan bebanan kos sara hidup saat ini terutama golongan yang berpendapatan kecil.
Turut hadir pegawai dan kakitangan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Ledang serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
-ZS-