Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Khidmat Masyarakat: PMM Lestarikan Masjid

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

SERKAM, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatan Kuasa Teknologi Hijau Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah menjayakan Program Masjid Lestari : We Love Al-Mutaqqin dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqqin, Kampung Tedong, Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) semalam.

Menurut Pengarah Program, Ts. Dr Hassan Ismail, 42, objektif program ini adalah untuk menjadi pemangkin semangat kepada para peserta di mana ia dapat memberikan impak yang tinggi terutamanya kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran industri revolusi (IR 4.0) yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang.

“Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan para pensyarah mengenai aktiviti kemasyarakatan, menanam nilai-nilai murni serta dapat mempromosikan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) kepada masyarakat komuniti setempat,” ujarnya.

Seramai 65 orang pensyarah dan 95 orang pelajar telah terlibat bagi menjayakan program ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda