Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Golongan Asnaf Terima Durian Runtuh Sempena Bulan Ramadan

By 12 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis pengagihan bantuan Ramadan dan Syawal (zakat fitrah) serta pengagihan fidyah kepada asnaf fakir dan miskin MAIM tahun 2023 telah berlangsung di Masjid Salmah Khamis, di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali berkata seramai 8,200 orang penerima bantuan dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di seluruh Negeri Melaka yang telah dikenal pasti untuk menerima bantuan Ramadan dan Syawal dan mereka ini terdiri daripada seramai 200 orang asnaf fakir dan 8,000 orang asnaf miskin.

“Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu jumlah terkini penerima bantuan untuk tahun 2023 adalah seramai 187 orang yang terdiri daripada seorang penerima bagi kategori fakir manakala 186 orang penerima bagi kategori miskin dan kita harap dengan bantuan yang diterima dapat menceriakan lagi sambutan bulan Ramadan serta Syawal buat golongan tersebut,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda