Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

RM10 Juta Diperuntukkan untuk Mangsa Banjir di Johor

By 2 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Norasilah Ibrahim (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM10 juta untuk mangsa banjir di negeri Johor.

“Saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membuat pembelian segera membabitkan selimut, bantal dan tilam untuk kegunaan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui peruntukan RM10 juta yang telah diluluskan,” ujarnya.

Zahid berkata banjir yang melanda Johor ketika ini adalah antara yang terburuk pernah dialami negeri ini.

“Punca banjir di Johor yang buruk kali ini disebabkan taburan hujan yang luar biasa.

“Ini menyebabkan paras sungai utama meningkat mendadak sehingga menyebabkan banyak kawasan dinaiki air,” katanya.

Beliau sebelum itu meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota sambil mendengar taklimat bencana daerah oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hazlina Jalil.

Sebanyak 18 PPS telah dibuka di daerah Kota Tinggi bagi menempatkan seramai 2,886 orang mangsa banjir sehingga jam 4.00 petang hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda