Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Santai Hari Wanita Kuantan 2023

By 12 Mac 2023Mac 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza (Kuantan)

KUANTAN, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Saleh menyeru agar golongan wanita menjaga kesihatan diri.

”Kesedaran mengenai ujian ‘Pap Smear’ adalah penting kerana kanser ovari merupakan pembunuh nombor satu wanita.

“Wanita perlu diberikan hak kesaksamaan danmeletakkan keadilan kepada wanita,” ujarnya ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Kuantan 2023, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang program ini berlangsung, antaranya kaunter perkhidmatan saringan kesihatan, serta reruai perkhidmatan dan pameran pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Selain itu, Sumbangan Bakul Keluarga Rahmah juga turut diberikan kepada 50 penerima.

-ZS-

Tinggalkan komen anda