Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Nazrin Berkenan Berangkat ke Majlis Penutup Tilawah, Hafazan Al-Quran Negeri Perak 1444H/2023M

By 2 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Unit Media SUK Perak (Ipoh)

IPOH, 2 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri di Hotel Casuarina Meru, di sini pada Selasa.

Mohd Kamaruzaman Daud dan Nurul Syafiqah Nardi dinobatkan sebagai johan qari dan qariah dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW, sijil, hadiah iringan dan pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.

Sementara itu, pasangan adik-beradik Muhammad Adib Ahmad Rozaini dan Aqilah Sulhi Ahmad Rozaini diumumkan sebagai johan hafiz dan hafizah yang juga menerima hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW, sijil, hadiah iringan dan pakej menunaikan haji bernilai RM10,000.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda