Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Timbalan Perdana Menteri Santuni Rakyat Melaka

By 28 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify/Ismael Idris (Jasin)

SERKAM, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni rakyat di Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Melaka di Masjid Jamek Ar Rahman Kampung Pulai, di sini semalam.

Menurut Ahmad Zahid Hamidi, program tersebut merupakan program tradisi yang diadakan setiap tahun.

“Saya tidak mahu mengajak orang berbuka puasa bersama saya di Kuala Lumpur, sebagai seorang pemimpin haruslah menyantuni rakyat di akar umbi.

“Oleh itu saya mengambil pendekatan ini untuk berjumpa bersama rakyat di negeri Melaka dan negeri-negeri yang lain,” ujarnya.

Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada lapan buah pusat tahfiz berserta duit raya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda