Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Wayang Pacak Ceriakan Mangsa Banjir

By 7 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi

MUAR, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Wayang Pacak Siaran Langsung Liga Super 2023 oleh Pejabat Penerangan Daerah Muar menceriakan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Bulat, di sini semalam.

Program kerjasama di antara Penghulu Mukim Sri Menanti Haji Arifpuddin, Guru Besar SK Parit Bulat Haji Uzaini dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Muar menayangkan siaran secara langsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan JDT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang Haji Selamat Takim yang hadir menyaksikan siaran tersebut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Muar kerana mencetuskan idea tayangan wayang pacak.

“Saya berasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir khususnya di DUN Sungai Balang kerana tanpa diduga, negeri Johor mengalami banjir besar buat kali kedua dalam tempoh terdekat.

“Tayangan wayang pacak bertujuan menghilangkan sedikit keresahan mangsa banjir dan mengisi masa lapang mereka yang rindu untuk menonton televisyen,” katanya.

PPS SK Parit Bulat yang menempatkan 18 orang daripada enam keluarga dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda