Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

29 Lokasi Jualan Khas Syawal Madani Peringkat Negeri Johor

By 18 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib

MUAR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 29 peruncit yang terdiri daripada pasar tani, pasar tani kekal dan Agrobazaar Rakyat (ABR) akan dibuka sempena Jualan Khas Syawal Madani bertujuan membantu pengguna mendapatkan keperluan Aidilfitri.

Program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor ini melibatkan 320 usahawan dengan sasaran pengunjung seramai 60,000 orang dan dijangka dapat menjana nilai jualan keseluruhan RM2.25 juta.

“Program-program seperti ini sememangnya dinantikan oleh penduduk setempat dalam mendapatkan barangan keperluan yang segar dengan harga yang berpatutan.

“Ini adalah inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim ketika Majlis pelancaran Program Jualan Khas Syawal Madani 2023 di Perkarangan Pasar Tani Stadium Muar, semalam.

Katanya, selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri tempatan seperti ketupat, burasak lepak loi dan pelbagai lagi juadah bagi keperluan hari raya.

Turut hadir Pengarah Kanan Pembanguna Institusi Pemasaran (PIP) Fauzi Afizi Mohamed, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor Amiruddin Haji Bahar, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor Ahmad Fitri Shah Mohd Yusof dan wakil ketua jabatan di bawah KPKM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda