
Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)
JELEBU, 15 Apr (Malaysiaaktif) –Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengadakan lawatan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Chennah, di sini kemarin.
Program BELB bertujuan memperluaskan liputan bekalan elekrtik 24 jam ke kawasan luar bandar.
Katanya,setelah 50 tahun 39 buah rumah di Kampung Chalin dan Kampung Dusun Umbut menikmati bekalan elektrik yang sempurna hasil usaha sama antara kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad.
“Besarlah harapan saya untuk melihat penduduk di Negeri Sembilan ini dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang lebih meriah dari tahun sebelumnya,” katanya.
Beliau juga turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada kepada asnaf sekitar Jelebu yang melibatkan 374 Ketua Isi Rumah.
-ZS-