Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pemimpin Masyarakat, Belia Santuni Petugas Barisan Hadapan, Anak-anak Yatim, dan Tahfiz

By 15 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Nor Akmal Muhammad

JOHOR BAHRU, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang belia terlibat dalam Jelajah Sahur Rehlah Ramadan Ukhuwah Belia di sekitar bandar raya Johor Bahru sempena Ramadan kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Ramlee Bohani, berkata program yang menjadi acara tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadan ini dimulakan dengan menjelajah ke premis yang dipilih dan menyampaikan sumbangan makanan untuk bersahur serta barang keperluan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

“Premis yang akan menjadi lokasi persinggahan pada kali ini adalah hospital, balai polis, balai bomba, pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim.

“Program ini juga telah mendapat kerjasama dengan syarikat makanan segera, McDonald yang sudi menyediakan menu bersahur untuk diagihkan kepada penerima,” katanya.

Turut hadir Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Haji Abdul Rashid Kasman, Ahli Majlis Majlis Majlis Bandara Johor Bahru (MBJB) Zon Tampoi Nor Akmal Muhammad, Ahli MBJB Zon Kempas, Suhaimi Ahmad, Wakil Pengurus McDonald Taman Nong Chik Azlan, Ketua-Ketua Kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

-ZS-

Tinggalkan komen anda