Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

50 Peserta e-Kasih Terima Bantuan Menjelang Syawal

By 17 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang telah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Yayasan Makmur Segamat sempena program Jalinan Kasih Ramadan 2023 Bersama Yayasan Makmur Segamat di Dewan Jubli Segamat, semalam.

Penerima membawa pulang barangan berupa makanan keperluan asas seperti beras, susu, tepung, gula dan sebagainya serta duit raya bagi meringankan beban golongan miskin tegar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap Datuk Zahari Sarip, berkata selain sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Makmur Segamat juga meraikan sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Deepavali pada setiap tahun.

Seorang penerima pencen PERKESO dan juga merupakan Orang Kurang Upaya(OKU) Mohd Azlie Abdul Kadir, 38, mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Makmur Segamat kerana memberi sumbangan serta bantuan kewangan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak berapa lama lagi.

Kesemua penerima sumbangan terdiri daripada 50 orang dipilih melalui peserta eKasih Pejabat Daerah Segamat yang menetap dalam kawasan Parlimen Segamat dan Sekijang.

Turut hadir ADUN Pemanis yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Makmur Segamat Anuar Abdul Manap, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria, Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Segamat Rohana Mohamed dan Ahli-ahli Majlis Perbandaran Segamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda