Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Al-Quran sebagai Pegangan Hidup

By 17 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Khatam Al-Quran telah dianjurkan oleh Persatuan Hal Ehwal Wanita (HELWA) bertempat di Masjid Dato’ Bentara Luar, di sini baru-baru ini.

Kadi Daerah Batu Pahat As Syeikh Haji Mohd Nasri Rahman mengajak semua golongan wanita menghayati al-Quran bagi menyemai etika positif dalam mengerjakan kebaikan sesama manusia agar dapat membentuk satu kelompok masyarakat yang sentiasa diredhai Allah SWT.

“Saya percaya bahawa golongan muslimah di sini sentiasa menghayati segala mesej yang terkandung dalam al-Quran kerana secara langsung mampu menyuntik motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat kelak.

“Sentiasalah bertaubat agar hati kita lembut dalam melaksanakan ibadah di dunia ini dan jangan lupa melaksanakan sedekah kerana dengan cara itu, hati kita akan menjadi lembut seterusnya mempu membentuk satu sikap rendah diri,” ujarnya ketika menyampaikan tazkirah selepas selesai majlis khatam al-Quran.

Bacaan Al-Quran secara tadarus dibimbing oleh 30 orang Guru Khas Mengaji dan berjaya dilaksanakan dalam masa dua jam.

Salah seorang Guru Pembimbing, Fadzillah Abdullah, 50, menyuarakan kesyukuran kerana diberi peluang untuk membimbing wanita di daerah ini dalam membaca ayat-ayat al-Quran dengan lebih baik lagi.

“Al-Quran diturunkan semasa bulan Ramadan, oleh itu umat islam disaran agar sentiasa menyemarakkan ibadah puasa dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,” kata Fadzillah selepas selesai majlis khatam.

Pengerusi HELWA merangkap Puspanita daerah Batu Pahat, Suzana Zainudin turut menyampaikan bantuan berupa keperluan harian kepada asnaf dan ibu tunggal di sini sejurus selesai tazkirah.

Program yang bermanafaat ini telah mendapat penyertaan daripada beberapa persatuan wanita yang ada di daerah Batu Pahat seperti Puspanita, Lembaga Kemajuan Perempuan Islam (LKPI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), ‘Woman Institute’ (WI), Pandu Puteri dan Ibu Tunggal Mekar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda