Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

DBP Iktiraf Usaha CHMS No. 1 Martabat Bahasa Melayu Dan Perkasa Bahasa Inggeris

By 18 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Memartabatkan Bahasa Melayu dengan baik melambangkan kedaulatan dan jati diri bangsa manakala melestarikan Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan luar dalam pelbagai bidang.

“Sekolah Menengah Chung Hua No.1 (CHMS No. 1) berbesar hati menerima pengiktirafan daripada pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai Sekolah Contoh Penggunaan Bahasa Kebangsaan,” kata Tee Leyok Poo yang juga merupakan Penolong Kanan Unit Akademik CHMS No. 1.

“Penganjuran Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 dan ‘English Month Programme 2023’ seiring dengan saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg di mana menerima dan mengamalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan disamping mengekalkan bahasa Inggeris sebagai satu lagi bahasa komunikasi,” tambahnya.

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 dan ‘English Month Programme 2023’ di CHMS No. 1 telah dihadiri ADUN (N.17) Kota Sentosa, Wilfred Yap yang turut menyerahkan dana sebanyak RM10 ribu kepada sekolah ini, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda