Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Insurans Selangor: Tukar Sistem Konvensional kepada Sistem Takaful – Amirudin

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang diperkenalkan kerajaan Negeri akan ditukar daripada sistem konvensional kepada takaful bermula 1 Mei ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata penukaran sistem berkenaan untuk memastikan mereka yang mendaftar tidak berbangkit isu halal haram kepada umat Islam.

“Mufti Selangor telah menasihatkan kepada saya agar memastikan skim insurans yang ditawarkan adalah halal kepada orang Islam.

“Kerajaan Negeri telah memutuskan mulai 1 Mei mereka beragama Islam yang mendaftar INSAN akan ditukarkan kepada sistem takaful,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri anjuran Menteri Besar Diperbadankan (MBI) di Dewan Beringin, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Yazid Sairi.

INSAN adalah perlindungan insurans am berkumpulan ditawarkan kepada enam juta rakyat Selangor berumur bemula dari 30 hari sehingga 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Inisiatif Kerajaan Negeri itu untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda