Laporan/foto: Zaidi Jamin (Sabah)
KOTA KINABALU, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 50 pelajar asnaf dan anak yatim Maktab Sabah diraikan dalam majlis iftar anjuran Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA).
Menurut Presiden OSCA, Pengiran Putera Pengiran Omar, majlis tersebut dianjurkan bukan sekadar untuk mengeratkan kasih dan berkongsi rezeki malah sebagai titik permulaan serta platform untuk persatuan itu terus melaksana dan merancang program-program amal pada masa akan datang.
“Dalam pada itu, beberapa sumbangan bakul makanan turut disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat,” katanya semasa ditemui pada majlis itu, di sini baru-baru ini.
Majlis diserikan dengan pengisian bermanfaat iaitu sesi Tazkirah Ramadan, diikuti majlis penyampaian sumbangan serta solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.
-ZS-