Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penduduk Sambut Baik Jualan Dari Ladang Nismilan Prihatin Diteruskan

By 1 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/ Fazlan Shah (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Keputusan Kerajaan Negeri untuk meneruskan Program Jualan Dari Ladang Nismilan Prihatin dilihat berada pada landasan yang tepat dengan semangat rukun kedua dalam Konsep Malaysia MADANI iaitu Kesejahteraan.

Langkah meneruskan program ini jelas membantu masyarakat mendapatkan harga barangan asas terutamanya telur ayam dan minyak masak paket dengan harga 20 hingga 30 peratus rendah dari harga pasaran.

Menurut Pegawai Pertanian Daerah Kuala Pilah Abu Bakar Ishak langkah meneruskan jualan Nismilan Prihatin dilihat turut membantu para peniaga dalam memasarkan barangan atau hasil kebun dan ladang mereka dengan lebih bersasar dan memenuhi keperluan setempat.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Ahmad Faiz Moktharuddin, 30, menyatakan kesyukuran atas penerusan program ini yang jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyatnya tanpa mengira warna bangsa, agama dan fahaman politik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda