Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rakan Muda Ramadan Membudayakan Jati Diri

By 14 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson/JBS Negeri Sembilan

PORT DICKSON, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Pelbagai pengisian kerohanian telah dilaksanakan dalam Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan di Politeknik Port Dickson, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Datuk Haji Mohamad Taufek Abd Ghani, berkata pelbagai pengisian dijalankan antaranya tadarus al-Quran, pertandingan hafazan dan azan serta pertandingan sajak.

“Program pada hari ini adalah untuk peringkat anak muda 15 hingga 25 tahun dalam membina jati diri yang betul. Kita perlu membudayakan dalam diri anak muda kita budaya hormat, menepati masa dan menjaga kebersihan.

“Semuanya telah tertulis di dalam nashkah al-Quran yang wajib kita jadikan pedoman dan amalan,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negara Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan Zul Fadhli Abd Aziz.

-ZS-

Tinggalkan komen anda