Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Santunan Kasih Ramadan di Ibu Kota

By 3 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norhasnida Sarani (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengimarahkan Ramadan telah diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini semalam.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dihadiri hampir 1,500 warga ibu kota terdiri anak-anak yatim, pelajar pusat tahfiz, asnaf dan masyarakat setempat.

“Program ini bertujuan untuk mengeratkan jalinan silaturahim dan semangat kekitaan antara rakyat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan rakyat beragama Islam malah termasuk yang bukan Islam,” ujar Zahid ketika berucap merasmikan majlis itu.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek cura Bantuan Program, Aktiviti dan Kos Operasi kepada Maahad Tahfiz Dhiya’ul Islah berjumlah RM100,000 dan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Surau Al-Husna.

Bantuan kit peralatan dan kursus ‘Quick Win’ KEMAS sebanyak RM 110,000 juga diserahkan kepada 30 peserta dalam bidang jahitan, masakan dan dandanan diri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda