Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sasar Peruntukan Tambahan Bantu Miskin Tegar

By 11 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Tahun 2023 akan mensasarkan peruntukan tambahan bagi membantu kelompok kategori miskin tegar di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berharap semua peringkat dapat dikerahkan bagi memastikan matlamat ini dapat direalisasikan sebelum penghujung tahun ini.

“Semua peringkat akan digerakkan bagi mengatasi perkara ini sebelum Disember 2023,” katanya ketika melancarkan Program Semarak Tambun Cinta Al-Quran bersempena Majlis Berbuka Puasa Parlimen Tambun di Masjid Ittihadiah, Manjoi, di sini semalam.

Anwar telah menyampaikan sebanyak sepuluh buah naskhah Musyaf Quranul Karim kepada wakil-wakil masjid dan surau sekitar Manjoi termasuk Masjid Ghufran, Masjid As-Saadah, Surau Al-Ikhlasiah dan Surau Al-Husseniah.

Siri lawatan Anwar ini turut melibatkan Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional Cawangan Bandar Meru Raya, Lawatan Rahmah ke Bazar Ramadan Taman Jati dan diakhiri dengan solat Isyak, solat sunat tarawih serta jamuan moreh di Masjid Ghufran, Manjoi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda