Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Quran

By 10 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/ Akma Laily Hamdan (Maran)

MARAN, 10 April (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca al-Quran sempena sambutan Nuzul Quran dan Bacaan Yasin serta Tahlil Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2023, di sini pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 200 orang Asnaf dan berbuka puasa bersama masyarakat di daerah Maran.

Seramai 2000 orang penduduk dari daerah Maran berkampung di Masjid Chenor bagi menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir pelajar dan penuntut dari Pusat Tahfiz Senggora dan beberapa Tahfiz berdekatan bagi mengkhatam al-Quran dan bacaan Tahlil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda