
Laporan/foto: Khairunnisa Ismail (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Iftar Perdana Kolej Polytech Mara Kota Bharu (KPTM) melibatkan seramai 600 orang warga KPTM terdiri daripada 200 orang staf dan 400 orang pelajar telah diadakan pada Sabtu lalu.
Menurut Timbalan Presiden Akademik Mohd Sahidi Yaakob penganjuran program tahunan ini merupakan satu inisiatif kolej bagi mengeratkan silaturahim warga KPTM.
“Selain berbuka puasa, penyerahan sumbangan kepada asnaf, solat tarawih secara berjemaah dan juadah moreh turut disediakan kepada seluruh warga KPTM Kota Bharu.
“Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana telah menyumbang zakat asnaf bernilai RM15,000 untuk diagihkan kepada pelajar terpilih dan tenaga kerja KPTM yang telah melancarkan tabung derma turut akan diagihkan kepada staf sokongan yang tidak berkemampuan,” ujarnya.
Turut hadir Pengarah KPTM Kota Bharu YM Haji Raja Izuddin Haji Raja Ahmad, Pengarah KPTM Kuantan Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu Mohd Zamzuri Salleh.
-ZS-