Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi memastikan kebersihan ayam tua yang telah siap diproses, pembeli akan meminta ayam tersebut untuk dibakar selama beberapa minit.
Peniaga ayam, Marwan Bahrom, 37, berkata ayam tua atau ayam kampung yang dibakar juga akan menjadi lebih sedap dan lembut setelah dimasak.
“Saya bakar bahagian kulit ayam untuk menghilangkan bulu-bulu putih pada ayam dan pada bulan Ramadan lalu jualan ayam tua sangat laris sehingga mencecah 200 ekor setiap hari,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Kipmall Tampoi, di sini hari ini.
Marwan memberitahu beliau menjual ayam tua yang dibakar pada harga RM13 dan RM12 untuk harga ayam tua yang tidak dibakar.
-ZS-