Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Moh La Kito Sihat’ Pupuk Penjagaan Kesihatan Wanita

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki (Tampin)

TAMPIN, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Bagi memupuk golongan wanita untuk menjaga kesihatan diri, satu program kesihatan yang dipanggil ‘Moh La Kito Sihat’ anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Tampin  telah diadakan di Perkarangan Stadium Tampin.

Program selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Jun menyediakan perkhidmatan mamogram kanser payu dara daripada Majlis Kanser Negara (MAKNA) terhad kepada 40 peserta setiap hari serta percuma kepada golongan B40 dan bayaran sebanyak RM180 untuk golongan M40.

“Saya menyeru semua penjawat awam wanita, suri rumah serta semua yang hadir untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai isteri, ibu serta penjawat awam,” kata Pengerusi PUSPANITA Cawangan Tampin Afidarvina Arifin ketika menyampaikan ucapan aluan.

Program ini turut menyediakan pemeriksaan pap smear oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, pemeriksaan mata dari Klinik Pakar Mata Hospital Tampin, pemeriksaan gigi dari Klinik Pergigian Tampin secara percuma kepada semua pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda