Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Fahmi Fadzil Dekati Penggiat Filem Tanah Air

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Ahmad Idham Abd Hamid/Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Sesi Dialog Awam (Town Hall) Industri Kreatif Siri 3: Industri Filem telah mendapat sokongan lebih 500 penggiat filem dan syarikat perfileman tempatan telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di REXKL, Jalan Sultan, di sini semalam.

Sesi dialog yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bertujuan memberi ruang interaktif secara bersemuka di antara agensi kerajaan dan pelbagai pemegang taruh dalam industri penggiat seni bagi mendapatkan input penambahbaikan berhubung perkembangan semasa industri filem negara.

Menurut Fahmi Fadzil, kerajaan dan FINAS kekal komited dengan potensi industri filem sebagai sektor industri kreatif yang menyumbang kepada impak sosio-ekonomi dan budaya negara melalui tiga aktiviti utama iaitu pengeluaran, pengedaran dan pameran.

“Saya dengan berbesar hati ingin menyatakan betapa pentingnya penyatuan dan perpaduan semua pemegang taruh kerana proses ini bersifat ‘collective teamwork’. Teruskan bersama-sama kami sebagai satu pasukan supaya setiap isu dan penambahbaikan dapat direncana dan dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi FINAS Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda