Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Jamah Masri
MUAR, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Kasih Aidilfitri inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah dilaksanakan di Mukim Ayer Hitam, di sini semalam.
Mohd Fuad Tukirin memanfaatkan bulan Syawal ini dengan mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin dengan penduduk sekitar dan menziarahi Misnan Ramijo, 65, yang merupakan penghidap sakit jantung.
“Menziarahi golongan yang memerlukan merupakan satu kelaziman saya sepanjang bergelar wakil rakyat bagi mengeratkan silaturahim dan ukhuwah dengan penduduk tempatan dan warga DUN Bukit Naning.
“Saya mendoakan semoga beliau segera sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan dalam urusan rawatan yang dilakukan,” katanya.
Turut hadir Setiausaha JPKK Kampung Batu 17/18 Mohd Zahari Abd Kadir Jailani, Ahli Majlis Perbandaran Muar Zon 16 Ayer Hitam Samali Hj Aziz, Pengerak Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Naning Marjoni Tasrip dan Rosmin Bosman.
-ZS-