Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)
SEGAMAT, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 3,299 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Serbaguna Genuang Segamat, pagi tadi.
Penerima yang terlibat adalah dari mukim Sungai Segamat yang mendaftar tetapi tidak berpindah di Pusat Permindahan Sementara (PPS) yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Segamat serta Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang.
Salah seorang Anggota Pertahanan Awam (APM) Segamat Siti Rohaya Abdullah, 44, berkata bertugas selama dua hari dengan pelbagai karenah dan cabaran penerima tidak kira usia muda atau tua.
“Pengalaman ini amat berguna kerana kita sebagai penjawat awam harus membantu melancarkan program kerajaan agar orang ramai dapat dibantu dengan kadar segera.
Proses penyerahan BWI yang berlangsung semalam dan hari ini berjalan dengan teratur tanpa sebarang permasalahan walaupun awalnya mengalami masalah komunikasi di kaunter penyemakan tetapi dapat diatasi dengan segera,” ujarnya.
Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, Kapten APM Segamat Nor Hisyam Abdullah dan Penghulu Mukim Sungai Segamat Ishak Abu Bakar.
-ZS-