Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PSA Lakar Sejarah Bina Rumah Kayu IBS

By 17 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melakar sejarah apabila berjaya membangunkan projek Timber Technology House (TimTecH) iaitu rumah kayu berkonsepkan ‘Industrialise Building System’ (IBS).

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail, berkata projek tersebut memfokuskan kepada proses pembelajaran sebenar bagi menyerlahkan bakat dan kemahiran pelajar dalam industri pembinaan terkini.

“Rumah kayu berkonsepkan IBS adalah yang pertama di Malaysia bagi pengusaha industri perkayuan negara.

“Diharapkan lebih banyak industri tampil berkolaborasi bagi membangunkan teknologi terkini yang berkaitan dengan pembinaan seperti penggunaan tenaga solar dan aplikasi rumah pintar seiring Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Minggu Terbuka PSA 2023 sekali gus merasmikan rumah TimTecH yang diadakan di Anjung Bestari, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah PSA Dr Norhayati Zakaria, pengarah-pegarah politeknik dan kolej komunti serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan industri.

Menurut Mohd Zahari, ketika ini terdapat lebih 18,000 industri yang berkolaborasi aktif dengan politeknik dan kolej komuniti selaku pembekal terbesar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

“Kolaborasi strategik antara industri dengan politeknik dan kolej komuniti dapat memacu agenda Malaysia dalam melahirkan sumber tenaga berkemahiran dan berpendapatan tinggi seperti mana negara maju yang lain,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda