Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program Saringan Kesihatan Tingkat Kesedaran Wanita

By 8 Mei 2023Mei 10th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Moh. Haziman Abdul Rahman (Sabah)

TELUPID, 7 Mei (Malaysiaaktif) – PUSPANITA Cawangan Telupid bersama Klinik Kesihatan Telupid mengambil inisiatif melakukan Program Saringan Kesihatan untuk memberi kesedaran kepentingan menjaga kesihatan di kalangan wanita.

Menurut Timbalan PUSPANITA Cawangan Telupid, Crispina Suibol, 57, golongan wanita perlu menerapkan penjagaan kesihatan sama ada dari segi fizikal, mental dan spiritual.

“Dalam program ini, para peserta diberikan maklumat tentang penyakit yang kini mengancam kesihatan wanita, kesihatan mental dan amalan gaya hidup yang lebih sihat.

“Antara saringan kesihatan yang dilakukan sepanjang program ini ialah ujian pap smear, ujian pemeriksaan payudara dan saringan penyakit tidak berjangkit (NCD)” katanya ketika ditemui di Program Saringan Kesihatan, di sini Sabtu lalu.

Sementara itu, salah seorang peserta program, Halina Asmat, 44, berkata selain pemeriksaan kanser payudara dan pangkal rahim, penjagaan dari segi pemakanan perlu dititikberatkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

“Saya rasa pemakanan juga memainkan peranan sangat penting untuk menjadikan seorang wanita itu kekal sihat”, kongsinya.

Tambah beliau, semoga program seumpama ini diteruskan kerana sangat memberi manfaat kepada golongan wanita di luar sana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda