Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Elak Kebakaran Terbuka Tanggungjawab Bersama

By 8 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

KUANTAN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat diingatkan agar sentiasa peka dan berhati-hati bagi mengelakkan kebakaran di musim panas ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, PgKB I Ismail Abdul Ghani ketika ditemui di sini baru-baru ini, berkata masyarakat dinasihatkan untuk mengelakkan kebakaran terbuka yang mana dalam situasi cuaca kering dan panas boleh menyebabkan kebakaran cepat merebak dan tidak terkawal.

“Masyarakat juga diingatkan untuk terus melaporkan mana-mana kebakaran terbuka berhampiran kawasan mereka bagi mengelakkan kebakaran merebak dengan lebih luas,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat untuk sentiasa peka dan menjadi mata dan telinga kepada agensi-agensi kerajaan bagi mengatasi kebakaran terbuka ini.

“Elakkan membuang putung rokok di kawasan-kawasan yang ada pokok-pokok atau rumput kering bagi mengelakkan kebakaran kerana api mudah merebak di kawasan ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda