Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

MAIWP Salur Peruntukan RM24 Ribu Bantu Nelayan dan Petani Asnaf

By 8 Jun 2023Jun 9th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menyalurkan bantuan kewangan kepada lima orang asnaf di Wilayah tersebut bagi membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi Bantuan Perikanan dan Pertanian bernilai RM24 ribu.

Menurut Ketua Unit Pembangunan Asnaf MAIWP Labuan Mohd Syukur Norfini, asnaf yang terlibat terdiri daripada golongan nelayan dan petani yang menerima bantuan kewangan bagi menggantikan peralatan yang rosak mahupun membeli peralatan baharu.

“Sebanyak RM11 ribu keseluruhan diperuntukan untuk sektor perikanan, manakala sebanyak RM13 ribu bantuan diberikan kepada petani asnaf melalui skim bantuan ini.

“Bantuan tersebut diperuntukan untuk menampung pelbagai keperluan penerima bertujuan membantu para asnaf di Wilayah Persekutuan yang ingin berdikari dengan menjalankan aktiviti perikanan dan pertanian dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai punca pendapatan tetap mereka,” katanya ketika menyampaikan bantuan, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda