Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Fahmi Fadzil Santuni Pelajar Cemerlang SPM 2022

By 24 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Pencapaian akademik bukanlah penentu kejayaan individu. Sebaliknya yang penting ialah komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam menghadapi apa jua cabaran.

Bertempat di Pusat Kerja dan Latihan Lembah Pantai, seramai 34 pelajar di dalam Parlimen Lembah Pantai yang cemerlang dalam keputusan SPM 2022 menerima anugerah berupa wang tunai, di sini semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang ini bertujuan memberi semangat kepada pelajar dan seterusnya membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Teruskan usaha untuk terus maju kehadapan dan bijak mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Semoga pelajar dapat mempelajari dan mendampingi teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan mengikut trend terkini supaya bersedia memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Ramzan Bibi Mohammad Hussin, 48, ibu kepada pasangan kembar amat bersyukur dengan keputusan yang diperolehi anak-anaknya Mohammad Ariffin Ibrahim Ali, 18,  mendapat 11A dan Mohammad Afiq Ibrahim Ali 7A dan 4B.

“Saya terharu dengan bantuan yang diberikan, ia menggembirakan hati anak-anak saya,” katanya.

Yaathsiniy Muthukumaran, 18, pelajar yang mendapat 10A bercita-cita menjadi guru, berkata sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai menyuntik semangatnya untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda