Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jualan Agro Madani Melaka Agrofest 2023 Jadi Tumpuan

By 24 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Jualan Agro Madani Melaka Agrofest 2023 yang bermula semalam sehingga esok menjadi tumpuan warga Melaka.

Tema ‘Sekuriti Makanan Tanggungjawab Bersam’ dipilih pada penganjuran Melaka Agrofest 2023 untuk membawa sektor pertanian lebih dekat dengan masyarakat awam selain memupuk kerjasama antara golongan petani dan golongan bukan petani dalam mendukung agenda sekuriti makanan negara dan Negeri Melaka khususnya.

Menurut pengunjung Nazaruddin Karim, 35, program hari ini sudah lama dinanti-nantikannya.

“Selain mendapat maklumat daripada agensi kerajaan kita boleh mendapatkan keperluan harian seperti telor, ayam, ikan dan sayur-sayuran dengan harga yang jauh lebih murah.

“Harga yang ditawarkan disini amat berpatutan dan sudah pasti dapat mengurangkan kos pembelanjaan harian keluarga,” ujarnya.

Penganjuran Melaka Agro Market (MAM) dan Program ‘Souq Subuh’ berkonsepkan jualan terus dari ladang dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda