Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PJR Bergerak: Sambutan Hangat di Segambut

By 24 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Cuaca panas tidak menghalang masyarakat sekitar Kampung Sungai Penchala untuk menghadiri Program Jualan Rahmah (PJR) secara bergerak yang diadakan di Tapak Pasar Malam Kampung Sungai Penchala, Segambut, di sini hari ini.

“Harga barangan di PJR ini agak berpatutan dan murah berbanding di kedai. Jadi ianya amat menjimatkan dan memberi manfaat kepada kami yang berpendapatan rendah,” kata Lenny Haryanti Ahamad, 46, anak jati Kampung Sungai Penchala.

Menurut Roslan Ngah, 78, beliau berharap PJR ini dapat diadakan secara berkala bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut, berkata usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) membawa produk-produk rahmah kepada penduduk terutamanya golongan B40 ini sangat membantu meringankan kos sara hidup mereka.

“Permintaan daripada penduduk-penduduk dari kampung di Segambut agar kerajaan mengadakan PJR sebulan sekali.

“Saya akan minta kepada Menteri KPDN nanti,” ujarnya ketika meninjau pelaksanaan PJR di sini.

PJR secara bergerak bagi fasa 1 ini akan dilaksanakan di 33 lokasi sekitar ibu kota selama 33 hari bermula hari ini (24 Jun) hingga 1 Ogos 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda