Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kepentingan Rukun Negara Membentuk Generasi Muda MADANI

By 19 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Kumpulan Lentera Daksina dari Batu Pahat telah berjaya menyandang johan bagi Pertandingan Sketsa Rukun Negera Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Johor 2023 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Bandar Penawar, Kota Tinggi, baru-baru ini.

Bertemakan ‘Rukun Negara Teras Masyarakat MADANI’, kumpulan tersebut telah membawa kelainan pada kali ini dengan membawa tarian singa ke pentas lakonan sebagai simbol perpaduan di antara kaum yang ada di Malaysia.

Salah seorang ahli kumpulan Lentera Daksina, Nge Zhe Xi, 16, mengungkapkan rasa teruja melakonan sketsa mengenai Rukun Negara ini.

“Melalui program ini, saya mula memahami betapa besar dan bermaknanya erti Rukun Negara yang dilafazkan setiap kali perhimpunan di sekolah.

“Saya juga mula mengenali kaitan Lima prinsip Rukun Negara ini sangat penting dengan konsep Malaysia MADANI yang boleh membentuk sahsiah baik untuk generasi seusia yang bakal memimpin Malaysia pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor Norliza Noh, bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak terhad dalam lingkungan komuniti di bawah seliaan jabatan sahaja, Program Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku 2023 Peringkat Negeri Johor merupakan salah satu medium lain bagi mendekati golongan belia terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, wakil Pegawai Daerah Kota Tinggi dan Pengetua SMKA Bandar Penawar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda